Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Batal RTX 4080 12GB, Nvidia Umum RTX 4070 Ti Pada Harga Lebih Murah

Selepas Batal RTX 4080 12GB, Nvidia Umum RTX 4070 Ti Pada Harga Lebih Murah

Diterbitkan Januari 4, 2023 ยท Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, Nvidia pernah membatalkan pelancaran model kad grafik RTX 4080 12GB pada tahun lepas.

Pembatalan itu dipercayai kerana nama bagi model kad grafik tersebut mengelirukan yang hampir sama dengan model kad grafik RTX 4080 16GB.

Walaupun Nvidia tidak memaklumkannya secara rasmi, tetapi berdasarkan kepada spesifikasi yang diperlihatkan, didapati ia adalah sama dengan RTX 4080 12GB di mana Nvidia menjenamakannya sebagai model RTX 4070 Ti.

rtx 4080 rtx 4070
Persamaan spesifikasi antara kad grafik GeForce RTX 4080 12GB yang tidak dilancarkan tahun 2022 lepas dengan RTX 4070 Ti yang diumumkan NVIDIA hari ini.

Tidak setakat itu, Nvidia seperti mendengar keluhan pengguna yang menyatakan harga kad grafik tersebut mahal, kini NVIDIA menurunkan harga bagi RTX 4070 Ti kepada USD799 (~RM3520) sahaja.

RTX 4070 Ti bakal berada di pasaran AS bermula 5 Januari 2023 dengan pasaran global akan menyusul kemudian.

Berkaitan

  • NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106
  • CES 2023: Intel Perkenal Cip Generasi Ke-13 Dengan 24 Teras
  • Bersenam Sambil Jana Elektrik Untuk Cas Peranti, Inilah Acer eKinekt BD 3

Sumber: PCMag, NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY