Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia ace

Nvidia ACE, Sistem AI Yang “Hidupkan” Watak NPC Dalam Permainan Video

Diterbitkan Ogos 22, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Pada tahun 2023 Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang telah menayangkan kepada umum keupayaan karakter game yang dijana kecerdasan buatan (AI).

Namun pada tahun ini, Nvidia ACE, sistem yang dikuasakan AI memberikan pengalaman suara dan kemahiran perbualan kepada watak dalam permainan yang mana akan buat kemunculan pertama dalam Mecha Break.

Mecha Break merupakan sebuah permainan pertempuran mech baharu di mana akan hadir untuk platform seperti PC, Xbox X|S dan PlayStation 5 pada tahun 2025.

Nvidia ACE, Sistem AI Yang “Hidupkan” Watak NPC Dalam Permainan Video
Pemain bercakap dengan watak dalam permainan

Dalam Mecha Break, pemain boleh memilih pelbagai watak mech mengikut kesesuaian dan minat pemain.

Nvidia mengatakan bahawa pemain akan dapat “berinteraksi melalui perbualan dengan watak permainan” dan watak itu boleh “melihat” dan mengenal pasti atau objek di sekeliling anda melalui kamera web, menggunakan GPT-4o. Ia juga akan menggunakan gabungan model Nvidia pada peranti dan AI berasaskan awan untuk menjana suara NPC.

Dalam demonstrasi di atas, pemain meminta watak dalam permainan untuk mendapatkan butiran tentang misi dan mekanisme mereka, kemudian menukar kerja cat mech mereka dengan bercakap dengannya.

Maklum balas AI NPC disampaikan dengan jelas namun sedikit hambar pada awal percubaannya kata The Verge. Mereka menyatakan yang watak itu tidak berasa seperti orang sebenar dan maklum balas NPC juga kerap lambat.

Mungkin ini hanyalah satu permulaan. Namun, kita tidak tahu lagi apa yang akan terjadi pada NPC dalam permainan satu hari nanti. Adakah ia lebih bijak? Tidaklah jawapan yang diberikan sama sahaja.

Berkaitan

  • Nvidia Perkenal GPU AI Paling Berkuasa, Blackwell B200
  • Lenovo Perkenal Dekstop ThinkStation P8, Sokong 3 Kad Grafik NVIDIA, 7 SSD
  • NVIDIA Pintas Apple, Kini Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia
  • NVIDIA Kini Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
  • NVIDIA Bina 3 komputer Untuk Percepatkan Pembangunan Robotik Humanoid
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber : The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY