Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia humanoid-robotics

NVIDIA Bina 3 komputer Untuk Percepatkan Pembangunan Robotik Humanoid

Diterbitkan Julai 30, 2024 · Dikemas kini Julai 30, 2024 oleh ariff bukhari

Untuk mempercepatkan pembangunan humanoid pada skala global, NVIDIA hari ini mengumumkan ia menyediakan pengeluaran robot terkemuka dunia, pembangun model AI dan pembuat perisian dengan set perkhidmatan, model dan platform pengkomputeran untuk membangun, melatih dan membina robotik humanoid generasi seterusnya.

“Gelombang AI seterusnya ialah robotik dan salah satu perkembangan paling menarik ialah robot humanoid. Kami memajukan keseluruhan barisan robotik NVIDIA, membuka akses kepada pembangun dan syarikat humanoid di seluruh dunia untuk menggunakan platform, perpustakaan pecutan dan model AI yang paling sesuai untuk keperluan mereka.” Jensen Huang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA.

NVIDIA menyediakan 3 platform pengkomputeran untuk memudahkan pembangunan robotik humanoid:

  • superkomputer AI NVIDIA untuk melatih model;
  • NVIDIA Isaac Sim dibina di atas Omniverse, di mana robot boleh belajar dan memperhalusi kemahiran mereka dalam dunia simulasi; dan
  • komputer robot humanoid NVIDIA Jetson™ Thor untuk menjalankan model.

Melalui Program Pembangun Robot Humanoid NVIDIA yang baharu, pembangun boleh mendapat akses awal kepada tawaran baharu serta keluaran terbaru model asas humanoid NVIDIA Isaac Sim, NVIDIA Isaac Lab, Jetson Thor dan Project GR00T.

Pembangun boleh mengakses dan menggunakan semua — atau mana-mana bahagian — platform untuk keperluan khusus mereka.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY