Ia terkandung dalam kemas kini iOS 13.1.
Dalam kemas kini iOS 13.1 yang baru dilepaskan semalam kepada para pengguna iPhone dan iPod touch, Apple turut memuatkan paparan notifikasi penggantian skrin tiruan ke dalam model iPhone 11 , 11 Pro dan 11 Pro Max.
Notifikasi pemberitahuan ini akan dipaparkan sekiranya pengguna menggantikan skrin iPhone mereka dari pihak ketiga, bukan dari pusat servis Apple.
Ia ada dinyatakan dalam nota kemas kini iOS 13.1.
"Includes notifications for when the display on your iPhone is unable to be verified as a new, genuine Apple display in iPhone 11, iPhone 11 Pro, and iPhone 11 Pro Max".
Apple menyatakan, notifikasi yang dipaparkan itu tidak akan mengganggu penggunaan bersama peranti tersebut. Tetapi dalam tempoh 4 hari pertama, pengguna akan melihat paparan notifikasi amaran itu di atas Lock Screen peranti.
Manakala untuk tempoh 15 hari pula, notifikasi tersebut akan dipaparkan di bahagian Settings peranti iOS. Selepas tamat tempoh itu, pengguna boleh melihat notifikasi amaran penggunaan skrin tiruan menerusi Settings > General > About.
Apple juga mengingatkan kepada pengguna bahawa, sekiranya pengguna menggantikan skrin iPhone mereka dengan produk tiruan, mereka mungkin akan berdepan isu ciri Multi-Touch, tetapan kadar cerahan dan warna serta penggunaan kuasa bateri yang tidak menentu.
Berkaitan
- Xcode Mengesahkan Kesemua Model iPhone 11 Hanya Dilengkapi RAM 4GB Sahaja
- Berjuta Komputer Dell Terjejas Dengan Pepijat BIOS
- ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13
- Pemilik iPhone Simpan Telefon Mereka Lebih Lama Berbanding Pemilik Android
- Apple Melancarkan MacBook Pro 13 Inci Terbaru, Harga Bermula RM 5599
- Penyelidik Google Mendedahkan Kecacatan Pada Ciri Keselamatan iOS Yang Dibiar Sejak 2 Tahun Lalu
- Firma Israel Eksploitasi Kecacatan Keselamatan iPhone Bagi Mengintip Mangsanya
- Kemas Kini iOS 14.6 Buat Pengguna iPhone Naik "Hantu"
- Ini Harga Yang Perlu Dibayar Jika Skrin Dan Bahagian Belakang iPhone 14 Anda Pecah
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS Dan iPadOS Versi 14.7.1