Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (3)

Nothing Lepaskan Android 13 Versi Beta, Inilah Perkara Baru Dibawakan

Diterbitkan Disember 16, 2022 · Dikemas kini Disember 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Nothing beberapa jam lalu sudah melepaskan Android 13 Beta untuk satu-satunya telefon mereka, Phone (1).

Salah satunya ialah aplikasi cuaca yang dibangunkan sendiri oleh Nothing.

nothing android beta 13 weather

Untuk pelarasan kelantangan (volume) pula, kini ciri tambahan baharu ialah pengguna boleh melaraskan kelantangan media, nada dering dan penggera secara individu terus di pop-up tanpa perlu masuk ke tetapan.

Soal visual pula, ia hadir dengan skema warna yang lebih banyak kali ini untuk dipadankan dengan elemen Material You dan aplikasi wallpaper pihak ketiga.

nothing android beta 13 media control

Media Control juga hadir dengan rekaan baharu.

Dalam pada itu, selari dengan Android 13 sendiri, pengguna boleh tetapkan bahasa berlainan untuk setiap aplikasi.

Tentang privasi pula, naik taraf ditawarkan (rasanya sudah lama anda pada telefon lain) ialah:

  • Pilih imej mana yang anda mahu kongsi untuk setiap aplikasi.
  • Tetapkan aplikasi mana boleh hantar anda notifikasi.
  • Pilih jenis media mana anda mahu kongsi.

nothing android beta 13 qr code

Akses terhadap imbasan kod QR juga boleh didapati lebih mudah kerana ia tersedia di Quick Settings.

Yang penting, Nothing berkata kepantasan membuka aplikasi kini meningkat sebanyak 50%.

Nothing juga berkata memori latar kini ditingkatkan, lantas menyumbang pada pengurangan masa apabila anda buka aplikasi yang sering digunakan. Tidak pasti bagaimana Nothing menjayakan ciri ini secara spesifik namun pastinya ia berkaitan perisian.

Bercakap soal aplikasi, versi Beta ini membernarkan anda tutup aplikasi latar terus daripada talam notifikasi. Secara peribadi, ini ciri yang saya suka.

nothing android beta 13 clipboard 2

nothing android beta 13 clipboard

Selain itu, apabila anda salin teks, ia akan muncul di atas papan kekunci skrin untuk disunting sebelum ditampal.

Ciri Live Caption atau sari kata terjana secara langsung juga sudah tersedia.

Tambah Nothing lagi, ciri ‘self-repair’ membersihkan cache tidak digunakan dan ‘sampah’ sistem.

Untuk penggunaan bagi permainan pula, Game Mode sekarang datang dengan antara baru bagi lampu notifikasi dan Google Game Dashboard. Ia boleh menangkap layar, merakam skrin, papar FPS dan ada ciri Do Not Disturb.

nothing android beta 13 bluetooth

Bagi sambungan telefon dengan peranti aksesori melalui Bluetooth seperti Nothing Ear (1), ada pop-up dan antara muka baru di Quick Settings yang bolehkan anda akses terhadap tetapannya dengan lebih mudah.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai 'Hype' OnePlus
  • Rasmi - Nothing Phone (1) Dengan RAM 12GB Berharga RM2,699, Snapdragon 778G+, Dua Kamera 50MP
  • Reaksi Awal Nothing Phone (1) - Bukan Sekadar 'Lip Lap'
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • Nothing Phone (2)? Kami Tak Rajin "Beranak" Macam Jenama Lain - Carl Pei

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY