Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei 2021

Nothing Phone (2)? Kami Tak Rajin “Beranak” Macam Jenama Lain – Carl Pei

Diterbitkan Disember 6, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pengasas jenama Nothing iaitu Carl Pei menghantar kiriman di akaun peribadinya memberitahu bahawa Nothing Phone (2) tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Telefon pertama, Phone (1) kekal menjadi tumpuan utama mereka buat masa ini.

Tambahnya lagi, mereka kini sedang berusaha keras dalam aspek perisian seperti integrasi dengan Android 13 dan lain-lain.

Phone (2) isn't launching anytime soon. We're focused on doing a few things well, and won't churn out dozens of products a year like many others.

Phone (1) is our main focus. We're cooking something really great in terms of software, Android 13 and beyond.

— Carl Pei (@getpeid) December 5, 2022

Beliau juga sempat menyindir jenama lain dengan berkata,

“Kami tidak akan keluarkan berdozen produk setahun macam orang lain.”

Di bawah twit sama, seorang pengguna bertanya, “Kalaulah awak rancang nak keluarkan telefon, apa awak namakannya?”

Carl Pei menjawab “Nothing Phone (69)”.

Nothing Phone (69)

— Carl Pei (@getpeid) December 5, 2022

Setakat ini, 3 produk dijual Nothing ialah Ear (1), Phone (1) dan Ear (Stick).

Carl Pei ialah pengasas bersama jenama OnePlus namun meninggalkannya beberapa tahun lalu menubuhkan Nothing yang berpengkalan di London.

Berkaitan

  • Nothing ear (1) Bukan Sekadar 'Hype'
  • (Ulasan) OnePlus Nord 2T - Peranti "Mid Range" Yang Masih Relevan
  • Reaksi Awal Nothing Phone (1) - Bukan Sekadar 'Lip Lap'
  • Phone (1) Versi Lite? Nothing Kata "Mana Ada"
  • Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Rekaan Nothing ear (2)
  • Nothing Ear (Stick) Kini Rasmi Dengan Harga RM469
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20

OnePlus kini diterajui seorang lagi pengasas bersama iaitu Pete Lau dan seperti kata Carl Pei dalam twit, OnePlus juga mengikut langkah jenama China lain yang sentiasa mengeluarkan telefon baharu setiap 3-4 bulan.

Sumber: Carl Pei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY