Yang dinanti-nanti dan dihebohkan selama ini sudah rasmi — Nothing phone (1). Terus menyentuh soal spesifikasi, ia dijana cip Snapdragon 778G+ dengan RAM bermula 8GB dan storan serendah 128GB. Ia turut menyokong rangkaian 5G.
Ia berjantungkan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 33W berwayar, 15W tanpa wayar dan 5W bagi pengecasan berbalik.
Jika pelanggan inginkan pengecas keluaran Nothing, ia dijual pada tanda harga RM139.
Namun, telefon ini tidak hadir bersama pengecas di dalam kotak dan hanya dibekalkan kabel USB-C.
Untuk paparan, Carl Pei mengatakan telefon sulung pertama mereka ini menggunakan OLED fleksibel bagi menjamin bezel yang simetri antara semua sisi. Carl Pei mengakui perkara ini mengambil kos berkali ganda berbanding rekaan biasa yang mengambil ruang lebih sedikit pada bahagian dagu.
Ia merupakan skrin AMOLED 120Hz bersaiz 6.55 inci, 240Hz kadar input sentuh dengan sokongan HDR10+. Corning Gorilla Glass 5 digunakan untuk kedua-dua panel depan dan belakang.
Selain rekaan lampu glyph di panel belakang, dua kamera pada panel sama ialah dua lensa 50MP dan 16MP (Samsung JN1) untuk swafoto.
Sebahagian daripada tubuh telefon ini diperbuat daripada dikitar semula. Bingkainya pula diperbuat daripada aluminium.
Nothing phone (1) hadir dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Ia akan dijual bermula 21 Julai 2022 di laman web nothing namun lebih awal iaitu 16 Julai terhad di Covent Garden.
Berikut harga rasminya di Malaysia.
- 8GB + 128GB – Masih belum dinyatakan harga, mungkin tidak dijual di Malaysia.
- 8GB + 256GB – RM2,399
- 12GB + 256GB – RM2,699
Buat masa ini, masih tiada pengumuman tarikh terperinci ketersediaannya di pasaran Malaysia secara rasmi walaupun harga rasminya sudah disenarai.
Sumber: Nothing