Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing stick

Nothing Ear (Stick) Bakal Rasmi Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 20, 2022 · Dikemas kini Oktober 20, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Baru-baru ini, Nothing telah mengeluarkan acah mengenai siri TWS yang terbaharu. Kini produk tersebut yang lebih dikenali sebagai Nothing Ear (Stick) bakal dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2022.

Terdapat beberapa aspek yang agak berbeza berbanding daripada gambar acah seperti pemegangnya nampak lebih nipis dan ia tidak mempunyai sebarang corak titik yang selari pada pemegang tersebut.

Nothing Ear (Stick) Bakal Rasmi Minggu Depan

Pada sudut yang lain, Nothing Ear (Stick) kelihatan tidak mempunyai sebarang getah silikon di mana ia dikatakan akan lebih menaikkan keselesaan pada telinga. Testimoni juga telah dilakukan kepada 100 pengguna untuk membuktikan keselesaan yang berbeza berbanding TWS yang lain. Malah, berat bagi sepasang fon telinga ini hanyalah 4.4 g.

Namun, ketiadaan getah silikon menimbulkan persoalaan mengenai ciri pembatalan hingar aktif (ANC).Walaupun ianya tidak disebut oleh Nothing mengenai ciri tersebut, pengguna pasti mengharapkan supaya ciri itu ada memandangkan mereka mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap syarikat yang baru sahaja membangun ini.

Berkaitan

  • Phone (1) Versi Lite? Nothing Kata "Mana Ada"
  • Nothing Tunjuk Ear Stick, Nampak Seperti Gincu
  • Nothing Ear (stick) Akan Dilancarkan Pada Hujung Bulan Ini
  • Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan

Reka bentuk untuk bekas fon telinga ini masih sama seperti dalam teaser. Bekasnya yang berbentuk silinder serta menampakkan dalamannya adalah sangat unik malah berlandaskan konsep syarikat tersebut di mana mereka ingin mengeratkan lagi manusia dan teknologi.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai fon telinga ini masih tidak didedahkan oleh Nothing. Mungkin ia bakal didedahkan dengan lebih banyak sewaktu pelancaran rasminya nanti.

Sumber: Nothing

Gambar: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY