Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Carl Pei

Nothing Dijangka Membuat Pengumuman Penting Pada Minggu Depan

Diterbitkan Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Pengasas bersama OnePlus, Carl Pei pada minggu lalu telah mengumumkan syarikat baharu yang dinamakan sebagai Nothing. Akan tetapi, masih belum diketahui segmen pasaran manakah yang akan disertai oleh Nothing.

Terbaru, menerusi ciapan di Twitter rasmi Nothing, syarikat itu dijangka membuat pengumuman penting pada minggu hadapan. Terdapat kemungkinan pengumuman tersebut adalah berkaitan pelancaran produk pertama mereka.

Bagaimanapun, ciapan itu telah pun dipadamkan. Tidak diketahui jika ciapan tersebut dimuat naik tanpa sengaja dan kemudiannya dipadamkan, atau merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran. Terdahulu, perkara yang sama pernah terjadi sebelum pelancaran OnePlus Nord.

A new important milestone is coming up for @nothing 👀https://t.co/71obnL08W3

— Carl Pei (@getpeid) February 4, 2021

Di sisi yang lain, Carl Pei turut memuat naik ciapan yang hampir sama dan mengumumkan perkara penting akan berlaku pada Nothing tidak lama lagi.

Sehingga itu, nantikan sahaja lebih banyak maklumat mengenainya yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY