Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei Umum Syarikat Baharu, Dinamakan Sebagai Nothing

Carl Pei Umum Syarikat Baharu, Dinamakan Sebagai Nothing

Diterbitkan Januari 27, 2021 oleh Amalina Athman

Carl Pei, pengasas bersama OnePlus telah mengesahkan beliau tidak lagi bersama OnePlus pada Oktober tahun lalu. Setelah dua bulan menyepi, beliau kemudiannya mengumumkan dana dan pelaburan sebanyak $7 juta (~RM28.44 juta) telah dikumpul untuk syarikat baharunya.

Hari ini, Carl Pei secara rasmi mengumumkan syarikat baharu, Nothing yang berpangkalan di London. Syarikat ini ditubuhkan dengan Carl Pei sebagai CEO dan pengasas Nothing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, misi Nothing adalah untuk membuang halangan antara manusia dan teknologi bagi menghasilkan masa depan digital yang lancar. Tambahnya,

“We believe that the best technology is beautiful, yet natural and intuitive to use. When sufficiently advanced, it should fade into the background and feel like nothing.”

Nothing dijangka akan melancarkan peranti pintar pertama mereka pada separuh pertama tahun ini.

We rethought everything and came up with #Nothing. pic.twitter.com/VSz905Kgug

— Nothing (@nothing) January 27, 2021

Bagaimanapun, masih belum diketahui jika produk yang akan dilancarkan kelak adalah telefon pintar, produk audio atau lain-lain.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY