Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing buka peluang

Nothing Buka Peluang Pelaburan Untuk Komuniti

Diterbitkan Februari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Nothing, sebuah syarikat baharu yang diasaskan oleh Carl Pei telah pun dilancarkan pada 27 Januari lepas. Ia merupakan syarikat yang dibangunkan oleh Carl Pei dan pasukan yang berpangkalan di London.

Baru-baru, Nothing turut mengesahkan produk pertama mereka yang merupakan fon telinga tanpa wayar yang akan dilancarkan pada musim panas nanti.

Terkini, Nothing mengumumkan peluang pelaburan kepada komuniti dengan nilai pelaburan serendah 50 euro iaitu kira-kira RM245.

Menurut Carl Pei, kebiasaannya komuniti perlu menunggu IPO untuk melabur. Bagaimanapun, Nothing memberikan peluang kepada komuniti untuk menjadi pemegang saham syarikat itu dari awal, pada harga yang sama dengan Series A mereka.

Saham bernilai $ 1.5 juta akan tersedia untuk komuniti berdasarkan urus niaga bagi mereka yang terawal.

Nothing Buka Peluang Pelaburan Untuk Komuniti

Untuk mendapatkan akses awal, pra-pendaftaran telah mula dibuka dan boleh dilakukan melalui pautan ini. Maklumat lanjut mengenai pelaburan Nothing juga boleh diperoleh melalui laman FAQ ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY