Nokia 9.2 PureView Mungkin Guna Kamera Selfie Dibawah Paparan

Dari rekaan takuk yang pelbagai bentuk hinggalah kepada mekanisme terangkat, akan datang kamera selfie akan diletakkan dibawah bawah paparan pula. Antara yang sudah mempertontonkan ciri kamera selfie bawah paparan adalah OPPO dan Xiaomi beberapa bulan yang lepas.

Kini, satu lagi pengeluar dikatakan akan mengikut jejak menggunakan kaedah tersebut iaitu HMD Global melalui Nokia 9.2 PureView. Menurut ciapan dari Nokia Anew, peranti flagship akan datang itu sedang menguji kamera selfie dibawah paparan.

Pernah dikhabarkan bakal dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini, pengenalan Nokia 9.2 PureView mungkin dilengahkan sehingga ke bulan September atau November. Spekulasi mula menyatakan, ia akan memberi lebih masa kepada pengeluar untuk melengkapkan peranti flagship itu dengan cip lebih berkuasa iaitu Snapdragon 865.

Kehadiran Nokia 9.2 PureView mungkin ditunggu-tunggu sebilangan kecil peminat yang mana mahukan keupayaan lebih baik berbanding model terdahulu. Sama ada ia akan menjadi peranti flagship terhangat tahun ini ataupun tidak, sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti.

Sumber: Nokia Anew