Memetik laporan dari BuzzFeed, tindakan terbabit diambil oleh Google selepas DO Global dikenal pasti terlibat dalam salah laku berkaitan iklan.
Sudah mempunyai lebih 600 juta muat turun dari aplikasi-aplikasi yang diterbitkan pada Google Play, difahamkan sebahagian daripada DO Global dimiliki oleh firma teknologi China, Baidu.
Berdasarkan kenyataan DO Global pada BuzzFeed, mereka meminta maaf serta mengakui "penyelewangan" aplikasi itu dan menerima keputusan sekatan dari Google.
Selain daripada itu, salah satu aplikasi popular adalah ES File Manager juga dikatakan sudah dipadam dari Google Play. Ia tersenarai sebagai aplikasi dari 'ES Global' tetapi sebenarnya dimiliki oleh 'Du Global' yang juga merupakan sebahagian daripada DO Global.
Langkah Google memadamkan sejumlah aplikasi popular dari Google Play sudah dilakukan beberapa minggu lalu. Enam daripadanya adalah milik DU Group seperti aplikasi Selfie Camera yang dimuat turun 50 juta kali. Dikatakan, ia terkandung dengan kod yang akan menyebabkan iklan ditekan secara automatik tanpa pengetahuan pengguna. Difahamkan, ia juga berlaku ketika pengguna tidak menggunakan aplikasi tersebut yang menjurus kepada penurunan kuasa bateri dan penggunaan data.
Sumber: BuzzFeed dan Android Police
Berkaitan
- Super Mario Run Untuk Android Boleh Dimuat Turun Bermula 23 Mac Ini
- Jualan Gudang Machines Kembali Lagi
- CES 2017: Sony XPeria Projector | Sentuh Android Diatas Apa Jua Permukaan
- HONOR 20 Pro Dapat Lesen Google Play, Mungkin Dilancarkan Pada Beberapa Pasaran Tidak Lama Lagi
- Cari Dokumen Secara Pantas Di Telefon Android
- Ini Cara Hantar Pesanan Suara Pada Aplikasi Instagram
- Xiaomi Poco X2 Dengan RAM 8GB Dan Android 10 Dikesan Pada GeekBench
- Aplikasi VivaVideo Dikesan Cuba Lakukan Lebih 20 Juta Transaksi Yang Meragukan
- Realme Mahu Ada Gedung Aplikasi Tersendiri, Alternatif Kepada Google PlayStore
- Kemaskini Chrome 64 Untuk Platform Android Dan Komputer Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi