Perkara ini seakan memberi kesan kepada peranti tersebut kerana gambar yang diambil mengambil masa yang agak lama untuk diproses. Semestinya perkara ini dapat dielakkan jika Nokia 9 menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855 ketika itu.
Jadi, untuk penjaya model tersebut, ia diberi nama Nokia 9.2. Namun untuk kali ini pengeluar mereka, HMD Global dilaporkan tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Sebelum ini terdapat laporan bahawa pengganti Nokia 9 akan menggunakan Snapdragon 855.
Namun, disebabkan tarikh pelancaran yang dilewatkan (dikatakan suku kedua tahun ini) penggunaan cip Snapdragon 855 tersebut sudah dikira agak berumur. Jadi, melihat kepada situasi yang hampir sama dengan Nokia 9, Nokia 9.2 dikatakan akan dilewatkan juga kerana HMD mahu gunakan cip Snapdragon 865 yang lebih terkini.
https://twitter.com/nokia_anew/status/1213542765054844931
Menariknya, mengikut sumber, Nokia 9.2 ini akan meneruskan konsep Nokia 9 Pureview asal, iaitu menangkap gambar menggunakan 5 lensa sekaligus. Jika benar, saya sendiri tidak sabar melihat apakah penyelesaian dan teknologi terbaharu yang akan digunakan nanti.
Nampak bernas juga idea HMD. Tidak mengapa jika lambat umum, yang penting cip Snapdragon yang digunakan adalah terkini setaraf dengan peranti pesaing.
Sumber: Nokia anew
Berkaitan
- Counterpoint: Nokia Ungguli Carta Sebagai Pengeluar Paling Konsisten Dengan Kemaskini Perisian
- Nokia 6300 Dan 8000 Akan Dihidupkan Semula Oleh HMD Global
- Telefon Bajet Nokia 3.4 Dan Nokia 2.4 Dilancarkan - Menjanjikan Kemaskini Sehingga Android 12
- Peranti Kelas Permulaan Nokia C2 Dilancarkan - Cip Unisoc, 1GB RAM, Dan Android Go
- Nama Panggilan Pelik Untuk Telefon Bimbit Nokia Di Malaysia Satu Ketika Dahulu
- Sistem Audio OnePlus 8 Pro Merupakan Teknologi Kerjasama Dengan Nokia OZO
- Nokia Kini Mempunyai Kedai Atas Talian Rasmi Di Shopee