Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Dan Intel Lancar Kempen Beli Komputer Di Lazada

Microsoft Dan Intel Lancar Kempen Beli Komputer Di Lazada

Diterbitkan November 10, 2016 · Dikemas kini November 10, 2016 oleh Helmi Samsuri

Jika sebelum ini anda ada memasang niat untuk mendapatkan komputer yang baru, sekarang mungkin masa yang sesuai kerana Microsoft Malaysia bersama-sama Intel telah melancarkan kempen “Find your new PC love”. Kempen yang dilancarkan ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia membeli komputer peribadi yang dikuasakan oleh Windows 10 dan pemproses Intel.

Bermula dari 9 November dan tamat pada 31 Disember, kempen ini menawarkan promosi eksklusif yang boleh anda nikmati bergantung kepada jenama komputer yang anda inginkan.

Bagi yang memilih jenama Dell, anda akan mendapat sehingga 3 mata  X dari program ganjaran Mad-X dengan setiap pembelian laptop XPS dan peranti 2-dalam-1 yang melayakkan anda untuk menebus sehingga tiga jenis hadiah daripada pelbagai pilihan hadiah.

Andai kata anda memilih jenama Acer, laptop pilihan anda itu akan disediakan dengan  perisian antivirus McAfee Internet Security bernilai RM299. Jika laptop yang anda beli itu berharga bawah RM2,500, anda akan menerima waranti tambahan dari Acer (AEW1) bernilai RM198. Untuk komputer berharga RM2,500 dan keatas pula akan menerima waranti  tambahan Acer (AEW2) bernilai Rm 298.

Komputer keluaran Microsoft, Surface 4, mendapat potongan harga sebanyak RM800 bagi model Core M dan Core i5 yang bermula 11 November sehingga 25 November. Aksesori lain seperti Tetikus Bluetooth Microsoft Designer dan Tetikus Bluetooth Mudah Alih turut mendapat potongan harga sehingga 15%.

Online Revolution juga akan bermula pada 11 November dimana ia merupakan jualan atas talian terbesar bagi tahun ini dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun sehingga RM500 jika membeli dari Lazada.

Layari laman Lazada untuk mencari peranti idaman anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY