Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Diterbitkan Ogos 28, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dilancar secara rasmi pada 2 minggu yang lalu, Nokia 8 dikhabarkan bakal mendarat dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Memetik laporan dari laman Mdroid, telefon pintar perdana dari Nokia itu sudah mendapat pensijilan daripada SIRIM sejak awal Ogos lalu didaftarkan oleh AVAXX Corporation Sdn Bhd dengan menggunakan nama TA-1004.

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM
Kredit imej: Mdroid

Sejak dibeli HMD, Nokia mula menempa nama dalam pasaran telefon pintar selepas ditinggalkan jauh oleh iPhone dan Android. Menerusi keluaran terbaru ini, Nokia mempertaruhkan  telefon dengan skrin paparan 5.3 inci dan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 835 dan RAM 4GB.

Bagi storan dalaman pula, ia bersaiz 64GB dan mampu menyokong storan tambahan sehingga 256GB melalui kad MikroSD. Nokia 8 dilengkapi dengan dwi kamera 13 megapiksel dibahagian belakang dan bahagian depan turut menggunakan lensa 13 megapiksel. Kedua-dua kamera depan dan belakang ini akan menggunakan lensa Carl Zeiss.

Beroperasi menggunakan Android 7.1.1, ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 3090 mAh. Masih belum ada informasi rasmi tentang penawaran telefon ini di Malaysia tetapi berdasarkan laporan pensijilan SIRIM itu, mungkin ia muncul tidak lama lagi.

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM

Sumber: MDroid

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY