Nintendo Switch Kini Adalah Buatan Malaysia

Berdasarkan laporan Bloomberg, Nintendo Co. kini telah bekerjasama dengan Sharp Corp. bagi meningkatkan pengeluaran konsol permainan Switch.

Pada masa ini, gergasi permainan video itu sedang bergelut untuk menghasilkan unit konsol permainan yang cukup berikutan populariti Animal Crossing: New Horizons yang meningkat naik. Ditambah pula keadaan pandemik yang menjadikan lebih banyak pengguna menghabiskan masa di rumah.

Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa mengatakan Nintendo Switch kini adalah buatan Malaysia. Ia merupakan sebagai penambahan kepada lokasi pengeluaran sedia ada iaitu di China dan Vietnam.

Bagi anda yang belum tahu, Sharp merupakan sebuah gergasi teknologi Jepun yang berpusat di Malaysia.

Keputusan untuk memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran ini dikatakan bermula apabila Nintendo meminta Foxconn Tech (ketika pemerintahan Trump) untuk menyediakan alternatif lokasi pengeluaran di luar China bagi mengelakkan ketegangan perdagangan A.S-China.

Ia kemudian memilih Sharp berikutan syarikat itu mempunyai kapasiti tambahan di Malaysia.

Bagaimanapun, Sharp melalui wakilnya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan. Sementara itu, jurucakap Nintendo juga enggan mengesahkan sebarang perincian berhubung kenyataan umum Presiden Nintendo sebelum ini.

Sumber: Bloomberg