Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-23 at 5.32.53 PM

Nintendo Switch Keluaran 2019 Mungkin Mempunyai Sokongan 4K

Diterbitkan Januari 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Khabar angin mengenai paparan lebih baik pada Nintendo Switch untuk keluaran baru tahun 2019 telah dilaporkan sejak Oktober 2018 yang lalu.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Nintendo Switch bakal hadir dengan cip pemprosesan terbaru disamping peningkatan kapasiti memori dari RAM 4GB kepada RAM 8GB sementara ruang simpanan adalah dari 32GB kepada 128GB.

Nintendo Switch Keluaran 2019 Mungkin Mempunyai Sokongan 4K

Antara yang hangat diperkatakan adalah sokongan paparan 4K yang mana model ketika ini menyokong FULL HD melalui sambungan HDMI ke TV manakala paparan 6.2 incinya menyokong paparan HD.

Nintendo Switch Keluaran 2019 Mungkin Mempunyai Sokongan 4K

Difahamkan juga paparan yang akan digunakan adalah dari jenis LCD dan bukannya OLED. Selain itu, ura-ura juga menyatakan ia akan menyokong sistem backward compatibility, membolehkan permainan lama generasi terdahulu dimainkan padanya.

Pengenalan model baru ini dijangka pada pertengahan 2019.

Sumber: LetsGoDigital dan GamePedia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY