Nexus 5X, 6P dan Pixel C Tidak Akan Mendapat Android P

Google sudah pun mula mengumumkan tentang versi Android P terbaru mereka 2 hari lepas dan pra-tonton pertama Pembangun sudah mula didapati untuk peranti Pixel generasi pertama dan Pixel 2. Peranti Google lain seperti Nexus 5X, 6P dan Pixel C tidak pula disertakan.

Ini kerana peranti Google bukan Pixel telah mencapai kitaran terakhir kemaskini peranti mereka iaitu 2 tahun atau 2 versi Android. Pemilik peranti Google bukan Pixel sebelum ini berharap yang peranti mereka mendapat versi akhir Android P selepas Google berjanji untuk mengemaskini peranti Pixel 2 selama 3 tahun. Walaubagaimana pun, mereka tetap mendapat kemaskini keselamatan hingga bulan November tahun ini.



Google dikatakan akan mengeluarkan versi penuh Android P pada bulan Ogos ini selari dengan pelancaran peranti Pixel mereka seterusnya.