Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harmony OS 2.0 Diperlihatkan Untuk Telefon Huawei – Masih Sokong Aplikasi Android Dengan Antaramuka Lebih Lancar

Huawei HarmonyOS Diperkenal Secara Umum Pada 2 Jun Ini

Diterbitkan Mei 27, 2021 oleh Wiser MY

Berita mengenai HarmonyOS yang akan menggantikan EMUI pada semua peranti Huawei bukanlah berita baharu. Bahkan, berita peranti lain boleh menggunakan sistem operasi terbaru ini turut diketahui beberapa bulan lepas.

Terkini, Huawei akan mengadakan persidangan dalam talian pada 2 Jun ini untuk memperkenalkan HarmonyOS secara rasmi.

Selain itu, video acah yang dikongsi turut memaparkan perkataan “HUAWEI” diikuti logo “HarmonyOS” ketika sistem operasi tersebut dihidupkan.

Baca juga – HarmonyOS Tidak Terhad Untuk Peranti Huawei

Tambahan lagi, Huawei juga bercadang untuk menjalankan sistem operasi ini kepada 300 juta peranti sedia ada dan peranti baharu menjelang akhir tahun ini.

Sistem operasi ini dikatakan mungkin masih berdasarkan Android dan mirip EMUI 11. Boleh lihat perbezaan melalui video yang pernah dikongsi beberapa bulan lepas.

Baca juga – Telefon Baru Huawei Mungkin Dipasang Terus Dengan HarmonyOS

Walaupun begitu, kita perlu tunggu sehingga perisian terbaru ini diperkenalkan secara rasmi pada 2 Jun ini untuk melihat dengan lebih terperinci.

Sumber: gsmarena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY