Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Daftar Keluar Semua “User Haram” Pada Akaun Netflix Anda

Netflix Kini Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Diterbitkan Ogos 28, 2020 · Dikemas kini Ogos 28, 2020 oleh Amalina Athman

Tepat pada masanya untuk menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, Netflix kini melancarkan antaramuka (UI) dalam Bahasa Melayu. Tidak hanya tersedia di Malaysia, ianya juga boleh diakses oleh pengguna Netflix secara global.

Netflix Kini Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Tetapan profil dalam Bahasa Melayu boleh dilakukan pada bahagian Manage Profile melalui TV, desktop atau pelayar di peranti mudah alih.  Pengguna Netflix boleh menetapkan sehingga 5 profil bagi setiap akaun. Namun, tetapan Bahasa Melayu ini hanya melibatkan profil individu dan tidak akan memberi kesan kepada tetapan bahasa bagi profil lain.

Netflix Kini Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Selain sokongan UI, pengguna juga boleh menonton tayangan siri atau filem dengan sari kata atau audio dalam Bahasa Melayu.

Netflix Kini Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Netflix tidak memberi senarai penuh kandungan yang boleh diakses dengan Bahasa Melayu. Namun, antara yang telah menerima akses dengan terjemahan Bahasa Melayu termasuk Stranger Things, The Witcher, Kingdom, dan The Umbrella Academy.

Sumber: Netflix

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY