Malaysia juga nampaknya tidak terlepas daripada promosi ini. Netflix telah dikesan menawarkan satu pelan baru "Mobile", khas untuk pengguna peranti mudah alih di negara ini.
Dengan bayaran bulanan serendah RM 17 sebulan, pelanggan boleh menonton Netflix dengan kualiti SD(tiada HD) namun hanya boleh menggunakan satu peranti untuk satu akaun dalam satu-satu masa. Ia adalah sama dengan pelan "Basic" yang mengenakan cas bulanan RM 33 sebulan.
Selain itu, Netflix juga menawarkan harga langganan istimewa di iTunes iaitu RM 49.90 sebulan bagi pelan Premium berbanding harga biasa RM 51. Dengan langganan premium, anda boleh menggunakan 4 peranti dalam satu masa selain penstriman video pada kualiti Ultra HD.
Tawaran ini dilihat hanya tersedia bagi pelanggan baharu sahaja, di mana satu bulan langganan percuma turut akan diberikan selepas mendaftar. Malah, langganan ini juga boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang cas.
Kemaskini: Menurut maklumat terbaru dari Netflix, pelan Mobile ini masih lagi di peringkat ujian dan belum lagi dapat dipastikan samada akan benar-benar dilancarkan atau tidak di masa akan datang. Minta maaf atas segala kesulitan.
Sumber: Netflix
Berkaitan
- Netflix Kini Dengan Sokongan Dolby Atmos
- Netflix Uji Pelan Mudah Alih Terbaru Dengan Harga Kurang RM15 Sebulan Di India
- Keselamatan Data Menjadi Kebimbangan Utama Orang Awam Di Malaysia, Mewujudkan Halangan Kepada Pengguna Dalam Memupuk Perkhidmatan Berasaskan Identiti Digital - Indeks Keselamatan Unisys(Tm)
- Digital Wellbeing Perlahankan Prestasi Peranti - Pengguna Pixel
- Ciri Timeline Yang Diketengahkan Windows 10 Ini Seakan-Akan Diari Digital
- FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu
- Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu
- Dark, Siri TV Netflix Yang Menguji Minda Penonton
- Tayangan The Punisher, Jessica Jones Di Netflix Sah Dihentikan
- Kerajaan Mahu Laksana Tindakan Lebih Proaktif Bagi Membendung Jenayah Cetak Rompak Digital