Namun begitu, timbul persoalan mengapa aplikasi itu mahukan kebenaran bagi menjejak aktiviti fizikal pengguna seperti berjalan, memandu dan lain-lain.
Hal ini mula didedahkan oleh seorang penyelidik sekuriti yang mana beliau membuat kicauan di Twitter berkenaan permintaan akses tersebut.
Hey @netflix why does your Android app want physical activity data? pic.twitter.com/Lv0QUL0w9g
— Beto on Shrooms on Security, Shitter of Posts (@BetoOnSecurity) July 27, 2019
Menjelaskan perkara itu, jurucakap Netflix memberitahu The Next Web bahawa mereka sedang melakukan ujian bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti video bagi pengguna yang sedang bergerak dan ia hanya melibatkan sesetengah pengguna sahaja.
Kebenaran yang diminta itu dikatakan hanya akses untuk mengenalpasti sama ada pengguna sedang bergerak (berjalan atau menaiki kenderaan) dan tidak mengambil data mengenai lokasi. Menurut laman The Next Web, ujian yang dilaksanakan itu dilihat sebagai persediaan Netflix bagi penggunaan pada Android Q yang mana aplikasi boleh mengelaskan aktiviti fizikal pengguna.
Sumber: The Next Web
Berkaitan
- U Mobile Tawar Video Streaming Secara Percuma Untuk Penggunaan Facebook, Netflix Dan Juga Twitter
- Nak Tambah Orang Dekat Netflix? Boleh, Tapi Kena Bayar Lebih
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Main Game Dalam Netflix
- Microsoft Akan Bangunkan "Netflix for games"
- Netflix Sediakan Ciri Kongsi Ke Instagram Stories
- Senarai Kandungan Baru Netflix Yang Akan Ditawarkan Disember 2018 Ini
- TM Berkolaborasi Dengan Netflix, Membawakan Akses Mudah Ke Rangkaian TV Internet Tersebut
- Sokongan HD Untuk Netflix Pada Pocophone F1 Dijangka Mula Ditawarkan Pada Penghujung Tahun Ini
- Harga Baru Langganan Netflix Akan Bermula Pada 18 Mac Ini
- Ramai Persoal Mengapa Netflix Malaysia Di Twitter Tidak Gunakan Bahasa Kebangsaan