Dalam satu laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Nintendo, mereka mengumumkan hasil jualan unit NES edisi klasik yang sudah terjual dipasaran global. Difahamkan juga, syarikat itu kekurangan stok untuk memenuhi permintaan tinggi seluruh dunia. Presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima menjelaskan kepada pelabur bahawa ada beberapa komponen NES edisi klasik tersebut mengambil sedikit masa untuk dihasilkan.
Dengan reka bentuk lebih kecil berbanding model yang asal, ia menjadikan edisi klasik ini mudah dibawa kemana-mana sahaja. Mungkin sebab utama model ini mendapat sambutan pasaran global adalah kerana ia mengimbau kenangan para pembeli ketika di zaman kanak-kanak. Antara permainan yang boleh dimainkan pada konsol ini adalah Super Mario Bros, The Legend of Zelda, PAC-MAN, Mega Man,Gradius dan bermacam-macam lagi. Tidak seperti konsol versi lama, NES Edisi Klasik ini menggunakan sambungan USB dan HDMI kabel untuk sambungan ke TV.
NES edisi klasik boleh di beli di Malaysia pada harga RM249 dan untuk controller tambahan anda perlu membayar RM49.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=qAGVilt3Rls[/embed]
Sumber: Slash Gear
Berkaitan
- Perak Rancang Wujudkan Arena E-Sukan
- Potongan Harga Sebanyak RM100 Diberikan Kepada Nokia 3 Dan Nokia 5
- Honor 10 Lite Ditawarkan Pada Harga RM699 Untuk Tempoh Masa Terhad
- Harga Samsung Galaxy S9 Dijangka Lebih Mahal Berbanding Keluaran Sebelumnya
- Wanita Lebih Banyak Buat Pembelian Dalam Aplikasi Permainan
- Spotify Mungkin Akan Naikkan Harga Langganan Perkhidmatan Mereka
- Mod Gelap Untuk Aplikasi Google Mula Ditawarkan Lebih Meluas
- Bocoran Video Memperlihatkan Huawei P20 Lite/ Huawei Nova 3E
- LG Lancarkan TV Dengan Skrin OLED 8K 88 Inci
- Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Dilesenkan Untuk Beri Nikmat Kepada Pengguna Telefon Pintar Yang Lain