Nenek 90 Tahun Dapat Anugerah YouTuber Permainan Video Paling Tua

Wanita Jepun berusia 90 tahun, Hamako Mori baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai pencipta kandungan permainan video paling tua di YouTube oleh Guinness World Records.

Lebih dikenali sebagai Gamer Grandma Nenek 90 Tahun Dapat Anugerah YouTuber Permainan Video Paling Tua, Mori mula berminat dengan permainan video kira-kira 39 tahun yang lalu selepas melihat kanak-kanak memainkan permainan popular pada zaman itu.

Saluran YouTube Gamer Grandma sudah dimulakan sejak 5 tahun yang lalu, dimana kini telah dilanggan lebih dari 270,000 pengikut.

Peranti permainan pertama yang dibeli beliau merupakan sebuah konsol Cassette Vision yang mula dijual di Jepun sekitar penghujung Julai 1981. Ketika ini Mori menggunakan PlayStation 4 dan beliau memuat naik 2 hingga ke 4 video sebulan pada platform YouTube.

Kapsyen: Cassette Vision


Mori menyatakan agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan permainan video moden tetapi oleh kerana ia ditawarkan dengan visual serta karakter yang baik, beliau sudah mula obses dengan permainan-permainan itu. Adakalanya beliau sanggup menghabiskan masa bermain sehingga ke jam 2 pagi.

https://www.youtube.com/watch?v=Tpqj47mMlY0&feature=youtu.be

Antara permainan kegemaran Mori ketika ini adalah Grand Theft Auto 5 dimana beliau mengibaratkannya seperti menonton sebuah filem.

Sumber: CNN