Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tips Mudah Tonton YouTube Tanpa Iklan

Tips Mudah Tonton YouTube Tanpa Iklan

Diterbitkan Jun 12, 2020 · Dikemas kini Jun 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Setiap kali menonton video di YouTube, pasti ada yang berasa renyah menanti iklan habis dimainkan. Pelbagai cara boleh dilakukan, sama ada dengan memasang plug-in, aplikasi pihak ketiga atau yang lebih elok langgan YouTube Premium.

Anda mungkin tidak mahu guna kesemua kaedah diatas, boleh gunakan cara yang dikongsikan seorang pengguna Reddit (u/unicorn4sale). Hanya letak “.” pada pautan URL YouTube, tiada iklan yang akan terpapar sepanjang video dimainkan.

YouTube URL
Hanya letak titik “.” seperti imej diatas

Tambahan titik seperti diatas menyebabkan hostname tidak dinormalkan dan menyebabkan iklan tidak terpapar, tetapi pada masa yang sama kandungan video masih berjalan seperti biasa.

“It’s a commonly forgotten edge case, websites forget to normalize the hostname, the content is still served, but there’s no hostname match on the browser so no cookies and broken CORS – and lots of bigger sites use a different domain to serve ads/media with a whitelist that doesn’t contain the extra dot” – unicorn4sale

Kelihatan mudah tetapi mungkin sebelum sempat anda siapkan tips mudah ini, butang “skip ad” sudahpun muncul. Tips ringkas ini sudah mula tersebar meluas di internet dan lambat laun pastinya YouTube akan mengemaskini kelemahan tersebut.

Suka diingatkan bahawa iklan yang lalu di video YouTube membantu menjana pendapatan bagi pencipta kandungan pada platform tersebut. Tidak salah rasanya untuk habiskan beberapa saat menonton iklan bagi menyokong YouTuber kegemaran anda.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY