Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Bakal Buang Iklan Berdurasi 30 Saat, Diganti Dengan Lebih Pendek

YouTube Bakal Buang Iklan Berdurasi 30 Saat, Diganti Dengan Lebih Pendek

Diterbitkan Februari 20, 2017 · Dikemas kini Februari 20, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika anda selalu menonton video menggunakan YouTube, pasti anda akan “dipaksa” untuk menonton iklan yang ditayangkan pada permulaan video. Anda perlu menunggu lebih kurang 5 saat untuk melangkau iklan dengan menekan butang ‘skip ad’, tetapi bagaimana pula jika butang tersebut tidak muncul-muncul? Ya, 30 saat anda akan dihabiskan untuk menonton iklan permainan melawan naga, model kereta terbaru, ataupun iklan minuman bertenaga.

Oleh kerana itu, Google bercadang mahu membuang iklan berdurasi 30 saat dalam laman video mereka seperti yang telah dilaporkan oleh laman Campaign. Google mengenalpasti video yang berdurasi panjang tidak begitu popular dan digemari para pengguna YouTube, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan data mudah alih.

Untuk perkhidmatan iklan selepas ini, syarikat tersebut akan mengetengahkan iklan dengan format yang lebih pendek iaitu 6 saat tetapi tidak boleh dilangkau(skip). Format 6 saat itu telah dilancarkan YouTube pada tahun lepas yang mana ia direka untuk paparan telefon pintar dan tablet.

Untuk pengetahuan anda semua, perubahan yang dilakukan ini bukanlah dilakukan serta-merta tetapi iklan berdurasi panjang itu akan dibuang seawal 2018 nanti.

Sumber: Campaign

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY