Sudah hampir 6 tahun syarikat yang dimiliki Google itu menyediakan sokongan live streaming melalui komputer dan antara yang pernah disiarkan adalah temasya sukan olimpik, kejohanan e-sport, debat calon presiden Amerika Syarikat dan banyak lagi. Kali ini Youtube mengetengahkan fungsi yang membolehkan personaliti Youtube yang mempunyai lebih dari 10,000 pelanggan (subscribers) berkomunikasi secara langsung dengan peminat mereka dengan lebih dekat.
"Pelancaran fungsi ini akan memberi kuasa live streaming kepada pencipta video Youtube yang berbakat dalam berkongsi pendapat mereka secara lebih cepat dan kreatif." jelas pengurus produk Youtube, Barbara Macdonald dan Kurt Wilms. Youtube juga berjanji fungsi ini akan ditawarkan secara meluas tidak lama lagi. Setakat ini, pelancaran fungsi live streaming mudah alih Youtube melibatkan 5 orang personaliti popular seperti The Young Turks, AIB, Platica Polinesia, sacconeJolys, dan Alex Wassabi.
Nampaknya fungsi live streaming semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna sosial media dan ia mungkin menjadi pertaruhan kepada syarikat sosial media untuk menyediakan platform live streaming terbaik.
Sumber: Youtube Blog
Berkaitan
- AirAsia Akan Perkenal Teknologi Imbasan Wajah Untuk Sistem Daftar Masuk
- 5 Perkara Menarik Mengenai OPPO F11 Pro Yang Perlu Anda Tahu
- Pixel 4a Mungkin Tiada Versi XL
- #MansuhTouchNGo Mula Penuhi Laman Twitter, "Hentikan Monopoli Pembayaran Yang Menyusahkan Pengguna Jalanraya"
- Microsoft Word Untuk Android Sudah Dipasang Lebih 1 Bilion Kali
- Xiaomi Dilapor Membangunkan Peranti Dengan Keupayaan 120x Zoom Digital
- Lebih Ramai Gemar Menonton Menggunakan Telefon Pintar Berbanding TV?
- Microsoft Edge Untuk Android Mencatat 1 Juta Muat Turun
- Inilah Kos Untuk Menghasilkan Samsung Galaxy S8
- vivo Perlihatkan Teknologi Panel Belakang Yang Berubah Warna