Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Berjenaka Dengan Marvel Dalam Misi Mencari Tony Stark Di Angkasa Lepas

NASA Berjenaka Dengan Marvel Dalam Misi Mencari Tony Stark Di Angkasa Lepas

Diterbitkan Disember 10, 2018 oleh Wiser MY

Sejak kemunculan video acah The Avengers: Endgame di media umum, liputan mengenai filem yang menggabungkan superhero bumi itu sangat memberangsangkan. Jumlah tontonan video tersebut di Youtube telah mencapai sehingga 57 juta tontonan dalam tempoh 3 hari. Dalam video tersebut menunjukkan salah satu superhero, Tony Stark atau Iron Man telah hanyut di angkasa lepas dan  mempunyai beberapa hari sebelum bekalan makanan habis.

Sehubungan itu, Marvel telah ‘mengusik’ agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA dalam usaha mereka untuk mengesan karakter utama francais mereka dalam bentuk kicauan twitter. NASA telah membalas kicauan tersebut dan memberikan arahan bagi mengesan Tony Stark di ruang angkasa.

Hey @Marvel, we heard about Tony Stark. As we know, the first thing you should do is listen in mission control for “@Avengers, we have a problem.” But if he can’t communicate, then we recommend ground teams use all resources to scan the skies for your missing man pic.twitter.com/zavXrsPljq

— NASA (@NASA) December 9, 2018

Kicauan tersebut telah mendapat kicauan balik sebanyak 78,704 dan mendapat ‘likes‘ sebanyak 152,560. Avengers: Endgame dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 29 April 2019. Filem ini dijangka akan menjadi filem terakhir bagi Chris Evans sebagai Captain America yang melakonkan watak tersebut selama 8 tahun.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY