Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-27 at 11.19.14 AM

NASA Berjaya Daratkan InSight Di Marikh

Diterbitkan November 27, 2018 · Dikemas kini November 27, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat. (NASA), dilaporkan telah berjaya mendaratkan sebuah robot diplanet Marikh.

Pendaratan dibuat sebuah dataran yang dipanggil sebagai Elysium Planitia, berhampiran garis equator Marikh.

NASA Berjaya Daratkan InSight Di Marikh

Memasuki atmosfera Marikh lebih laju daripada peluru, InSight menggunakan kombinasi pelindung haba, payung terjun, dan roket untuk memperlahankan kelajuaanya sebelum mendarat.

InSight merupakan singkatan kepada Interior Exploration using Seismic Investigations, Geodesy and Heat Transport ditugaskan untuk membuat kajian lebih mendalam Marikh dan cuba memahami proses pembentukan planet berbatu tersebut.

Dengan penerokaan ini juga, ia boleh memberikan gambaran lain bagaimana Bumi dan Bulan terbentuk.

Our @NASAInSight spacecraft stuck the #MarsLanding!

Its new home is Elysium Planitia, a still, flat region where it’s set to study seismic waves and heat deep below the surface of the Red Planet for a planned two-year mission. Learn more: https://t.co/fIPATUugFo pic.twitter.com/j0hXTjhV6I

— NASA (@NASA) November 26, 2018

Mengambil masa 7 minit yang mencemaskan sebelum mendarat, suasana tegang makmal kawalan Jet Propulsion Laboratory, California bertukar menjadi meriah setelah InSight mengambil masa 7 minit untuk turun dan berjaya mendarat dengan selamat.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini telah terdapat 11 misi meneroka Marikh dimana 7 daripadanya berjaya mendarat, 3 gagal mendarat dan satu dianggap berjaya tetapi tidak mencapai sasaran sepenuhnya.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, dijangka pelbagai informasi berharga akan diperolehi dalam bulan-bulan mendatang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY