Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Naruto Bakal Tampil Dengan Siri “Spin-Off” Baharu Bulan Hadapan

Naruto Bakal Tampil Dengan Siri “Spin-Off” Baharu Bulan Hadapan

Diterbitkan Januari 9, 2019 oleh Haikel Areff

Siri anime popular, Naruto telahpun tamat pada tahun 2017 selepas ditanyangkan selama 15 tahun atau sebanyak 500 episod sejak dari 2002.

Kini, siri itu telah disambung dengan siri Boruto: The Next Generations yang lebih menfokuskan kehidupan anak lelaki Naruto, Boruto dan rakan-rakannya.

Siri Boruto berlandskapkan era 15 tahun selepas Perang Shinobi Ke-Empat. Terbaru, satu siri “spin-off” Naruto pula disahkan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Naruto Bakal Tampil Dengan Siri “Spin-Off” Baharu Bulan Hadapan
Comic Book

“Naruto Shinden(The New Legend of Naruto)” akan disiarkan bermula 10 Februari ini dan ia mengetengahkan tiga watak utama iaitu Naruto, Sasuke dan Shikamaru.

Siri baru ini mengambil tempat di zaman yang sama dengan Boruto, malah ia akan disiarkan bersama dengan siri Boruto untuk tiga minggu pertama.

Berita ini sememangnya memberi keterujaan kepada peminat Naruto, terutama bagi mereka yang merindui aksi dua ninja lagenda Konoha, Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke.

 

Sumber: HITC    International Business Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY