MYTV Akan Dihapuskan? Ini Tweet Balas Daripada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

MyTV merupakan pengendali yang menyediakan saluran televisyen digital dan radio digital untuk Malaysia.

Memulakan khidmat pada 2015, terbaru seorang pengguna bertanyakan adakah benar ia akan dihapuskan.

Pertanyaan yang dibuat menerusi akaun Twitter itu kemudiannya dijawab oleh YB Gobind Singh Deo dengan menyatakan pihak MyTV perlu mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan kedudukan mereka yang sebenar.

Beliau juga sudah memaklumkan kepada pihak SKMM supaya menyediakan laporan berkenaan isu tersebut dan dihantar kepada beliau secepat yang mungkin.

Selain itu, terdapat juga aduan pengguna tentang masalah gangguan di beberapa kawasan dan ia mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. YB Gobind Singh Deo berpendapat pihak MyTV perlu bertindak dengan pantas keatas aduan yang dibuat pengguna.

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408