Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

MySejahtera: Daftar Tanggungan Bagi Vaksinasi Bermula Pertengahan Mac Ini

Diterbitkan Februari 25, 2021 · Dikemas kini Februari 25, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, orang ramai sudah pun boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 melalui kemas kini aplikasi MySejahtera dengan versi 1.0.28.

Terbaru, Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyatakan pendaftaran tanggungan (dependant) untuk vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada pertengahan Mac.

Dengan kemudahan ini, pengguna boleh mendaftarkan ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera bagi penerimaan suntikan vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pendaftaran suntikan vaksinasi COVID-19 melalui laman web dan talian hotline dijangka akan bermula pada 5 Mac 2021. Pendaftaran secara manual juga akan diperkenalkan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Sementara itu, program sukaralewan akan digerakkan bagi menjayakan program bantuan bagi kawasan luar bandar dan pendalaman.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY