Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pas MyRailLife

KTMB Perkenal MyRailLife, Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had Selama Setahun

Diterbitkan Februari 16, 2023 ยท Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini memperkenal MyRailLife, iaitu pas perjalanan tanpa had dan diberikan secara percuma kepada golongan pelajar serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Laporan KPI Prasarana Akan Dikongsi Setiap Minggu - Anthony Loke

Menurut KTMB, pas ini akan memanfaatkan pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) serta KTM Komuter di Lembah Klang dan Utara.

Sementara itu, tempoh penggunaan pas MyRailLife adalah bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

KTMB Perkenal MyRailLife, Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had Selama Setahun

Difahamkan, pas ini telah mula diperkenalkan sejak semalam, iaitu 15 Februari 2023 dan diumumkan secara rasmi pada hari ini oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pendaftaran sekali sahaja boleh dilakukan melalui pautan ini bagi pengguna perkhidmatan KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran atau kaunter tiket bagi pengguna KTM Komuter Lembah Klang. Maklumat lanjut mengenai pas MyRailLife boleh dirujuk di portal KTM Berhad.

Sumber: KTM Berhad, Ministry of Transport Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY