MYEG Lancar Portal Sehenti Bagi Saringan Covid-19 Untuk Pekerja Di Malaysia

Hari ini MYEG secara rasminya telah melancarkan portal atas talian untuk servis saringan Covid-19. Ia ditujukan untuk membantu kerajaan memantau dan juga mempercepatkan lagi ujian saringan pekerja-pekerja di Malaysia.

Inisiatif ini juga disokong oleh Kementerian Sumber Manusia yang mana boleh membantu mengekang rantaian Covid-19 dengan lebih efektif. Ia merupakan sebahagian dari program Saringan Prihatin SOCSO jadi pekerja di bawah program ini akan menerima subsidi RM150 untuk setiap ujian saringan.

Untuk pekerja yang tidak layak untuk penerimaan subsidi pula, kos saringan ini boleh dipohon bernilai RM150 setiap ujian.

Ujian saringan MYEG ini akan melalui kerjasama dengan ahli panel dari klinik yang telah disahkan. Ujian saringan seterusnya akan dilaksanakan di premis pekerja di bawah panduan Menteri Kesihatan Malaysia.

Seusai ujian saringan, pekerja akan diberikan kod QR sebagai bukti. Tambahan lagi, data diperoleh dari portal sehenti MYEG ini boleh digunakan oleh kementerian untuk menguatkan lagi pelaksanaan mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.

Pekerja yang sudah menjalani ujian saringan juga digalakkan untuk mengemaskini status di portal supaya data dan maklumat mengenai mereka lebih tepat sebagai rujukan kementerian.

Untuk anda yang mahu mendaftar ujian saringan MYEG atau mencari maklumat lanjut mengenai servis ini, boleh layari laman rasmi di pautan ini.

Berkaitan