Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi 1

MyDigi Subcriptions by EasyAdd, Satu Platform Untuk Langgan Pelbagai Perkhidmatan

Diterbitkan Oktober 15, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi memudahkan pengguna di zaman digital ini membuat langganan perkhidmatan, Digi hari ini telah memperkenalkan MyDigi Subcriptions yang dikuasakan oleh EasyAdd. Ia merupakan sebuah platform untuk membantu pengguna dalam membuat pelbagai langganan perkhidmatan serta menguruskannya.

MyDigi Subcriptions by EasyAdd, Satu Platform Untuk Langgan Pelbagai Perkhidmatan

Melalui penawaran ini, pengguna akan menikmati pengalaman lebih mudah dimana hanya dengan satu log masuk ke MyDigi, langganan mana-mana perkhidmatan yang disediakan dapat dibuat dengan mudah. Perkhidmatan dikategorikan kepada 4 bahagian iaitu hiburan, produktiviti, pembelajaran serta gaya hidup. Menyenangkan lagi pengguna adalah bayaran langganan dalam satu bil yakni menerusi bil telefon atau kredit pra-bayar.

MyDigi Subcriptions by EasyAdd, Satu Platform Untuk Langgan Pelbagai Perkhidmatan

Buat masa sekarang, sebanyak 30 penyedia perkhidmatan terdiri dari dalam dan luar negara tersedia untuk dilanggan iaitu Atom $ the Dot, Boxsome, Berita Harian, Busuu, CallerTunes, Classrum, Deezer, Dengue Cover+, Dimsum, EasyStore, FullAMark, Harian Metro, Hopster, Ibadat, iflix, Kaspersky, MUBI DEKHOI, MUBI SINEMA, NST Digital, Office 365, Spuul, The Edge, dan Viu. Rakan kongsi lain seperti Amazon Prime Video, Didi & Friends, kidxy, LILIN+CO, Me Book Asia, Ookbeem, TILLATA dan VEATIVE bakal menyusul kemudian.

MyDigi Subscriptions

MyDigi Subcriptions juga tidak terhad untuk pengguna Digi sahaja dimana jika anda bukan pengguna telco ini, platform ini boleh diakses menerusi laman EasyAdd yang mana bayaran dilakukan melalui kad kredit atau debit.

Screenshot 2019-10-15 at 1.50.14 PM

Bersempena dengan pelancaran ini juga, pelanggan berpeluang untuk menikmati perkhidmatan terpilih secara percuma yang bermula hari ini sehingga hujung bulan November 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY