Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYAirline Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

MYAirline Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2023 oleh Amalina Athman

Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline kini mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023 dan akan berlanjutan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Berkaitan

  • BigPay Kini Diintegrasi Dalam airasia Superapp, Ini Cara 'Link' Akaun

Dalam satu kenyataan, MYAirline menjelaskan tekanan kewangan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan operasinya perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Menurut MYAirline, syarikat penerbangan itu akan berusaha untuk menyambung semula operasi secepat mungkin, namun pada peringkat ini mereka tidak dapat memberikan sebarang garis masa.

https://www.facebook.com/100076234262092/posts/pfbid0QqckQYysUdXqvWwNsUBwkAj3D2bNgfKrrzPPWNSyMko5qinPt9vmWKwf8EfmBDdKl/?mibextid=cr9u03

Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi [email protected] untuk mendapatkan bantuan sokongan.

Dalam pada itu, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang dan mencari alternatif lain untuk mengatur perjalanan ke destinasi mereka.

Sumber: MYAirline

Gambar utama: Flying Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY