Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

Diterbitkan Februari 25, 2019 · Dikemas kini Februari 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Banyak sudah kita lihat pengumuman, pelancaran dan perkongsian berkenaanteknologi 5G serta peranti dengan skrin boleh lipat  oleh pengeluar telefon pintar.

Salah satu pengeluar yang tidak ketinggalan mempertontonkan peranti mereka pada MWC2019 adalah LG menerusi LG V50 ThinQ.

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

Mempunyai sokongan kepadan rangkaian 5G, peranti ini diperkasakan dengan cip Snapdragon 855, skrin paparan 6.4 inci QHD+OLED, RAM 6GB dan juga storan dalaman 128GB.

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

Untuk tidak mengelirukan anda, peranti ini bukanlah peranti dengan skrin boleh lipat seperti Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold.

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

Ia boleh “dilipat” apabila dipasang dengan skrin kedua, LG Dual Screen, sebuah aksesori seumpama penawaran yang dibuat oleh Asus bagi model ROG Phone mereka.

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G

Sambungan kepada aksesori itu menggunakan rangkaian WiFi jarak dekat ia skrin kedua itu menggunakan kuasa dari bateri 4000mAh pada LG V50 ThinQ.

#MWC2019 – LG V50 ThinQ, Boleh “Dilipat” Dan Mempunyai Keupayaan 5G  Memperkuatkan peranti ini, tetapan 3 kamera digunakan yang terdiri daripada lensa utama 12MP (f/1.5), 16MP wide (f/1.9) dan 12MP telefoto (f/2.4). Dwi kamera kombinasi antara 8MP (f/1.9) dan 5MP (f/2.2) diletakkan pada takuk skrin untuk rakaman swafoto.

Turut menawarkan slot kad MikroSD, port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Syarikat pengeluar masih belum mendedahkan tarikh penawaran dan harga jualan peranti ini.

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY