Sebelum mempertontonkan telefon pintar boleh lipat, Huawei Mate X, CEO Huawei, Richard Yu terlebih dahulu memperkenalkan barisan laptop baru yang bakal menjengah pasaran.
Model yang diumumkan adalah Huawei MateBook X Pro yang ditingkatkan sedikit keupayaannya berbanding model tahun lalu dan juga Huawei MateBook 14 yang ditawarkan pada spesifikasi sedikit rendah.
Dari segi penampilan luaran, perbezaan Huawei MateBook X Pro dan keluaran sebelumnya adalah logo pada bahagian luar. Jika dahulu ia memaparkan logo penuh, kali ini ia hanya tertera “Huawei” sahaja. Spesifikasinya pula boleh dikatakan lebih kurang sama seperti skrin paparan dengan sokongan sentuhan 13.9 inci, butang kuasa yang disertakan dengan pengimbas cap jari, dua port USB-C dan satu port USB kecuali port thunderbolt yang dinaik taraf. Huawei menyatakan port tersebut mampu menyokong GPU luaran seperti NVIDIA RTX 2080.
Mengoperasikan peranti dari dalam adalah cip Intel Core i5-8265U atau Core i7-8565U dan pilihan RAM antara 8GB – 16GB serta memori simpanan antara 256GB ke 1TB. Untuk versi i7, ia didatangkan dengan GPU Nvidia MX250.
Sebuah lagi adalah Huawei MateBook 14 dan seperti namanya, ia memperagakan skrin paparan sesentuh 14 inci. Dari segi pemprosesan, spesifikasi yang ditampilkan adalah lebih kurang sama kecuali saiz storan sehingga 512GB.
Untuk port sambungan, ia menyediakan satu port USB-C, satu port HDMI, satu port USB 2.0 dan satu port USB 3.0. Kedua-duanya turut dilengkapi dengan kamera yang tersembunyi pada papan kekunci.
Melengkapi komputer riba ini adalah ciri pemindahan data terbaru yang dikenali sebagai Huawei OneHop. Ia memudahkan pemindahan data antara telefon pintar Huawei dan laptop. dengan menggunakan cip NFC yang tersedia pada kedua-dua jenis peranti tersebut.
Harga jualan berbeza berdasarkan spesifikasi dalaman seperti dibawah.