Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-24 at 22.46.11

#MWC2019 – Huawei Mate X, Peranti Boleh Lipat Dengan Teknologi 5G Dan Pengecasan Sehingga 55W

Diterbitkan Februari 24, 2019 ยท Dikemas kini Februari 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini kita sudah dihidangkan berita pengenalan peranti dengan teknologi 5G oleh beberapa pengeluar termasuk peranti boleh lipat.

Screenshot 2019-02-24 at 21.36.21Kini giliran Huawei pula mengumumkan Huawei Mate X, disebut sebagai telefon pintar boleh lipat dengan keupayaan sambungan 5G terpantas didunia.

Mate X dimuatkan dengan cip pemprosesan Kirin 980 bersama-sama cip modem Balong 5000 disamping memori RAM 8 dan storan dalaman 512GB.

Ia menawarkan tiga saiz paparan berbeza pada sebuah peranti iaitu 6.6 inci pada bahagian hadapan, 6.38 inci pada bahagian belakang dan apabila dibuka, ia menghamparkan paparan bersaiz 8 inci.

Screenshot 2019-02-24 at 21.37.43

Screenshot 2019-02-24 at 21.43.43

Disisi peranti terdapat bahagian yang sedikit besar bagi menempatkan lensa kamera, butang kuasa yang disertakan dengan pengimbas cap jari. CEO Huawei menyatakan rekaan itu memudahkan pengguna memegang peranti dengan lebih selesa.

#MWC2019 – Huawei Mate X,  Peranti Boleh Lipat Dengan Teknologi 5G Dan Pengecasan Sehingga 55W

 

 

Screenshot 2019-02-24 at 21.50.41

Menggunakan teknologi kamera terbaru dari Leica, syarikat itu masih belum mendedahkan jenis lensa yang bakal digunakan.

Screenshot 2019-02-24 at 21.44.44

Bagi rakaman foto, skrin bahagian belakang akan memaparkan imej secara masa sebenar yang membolehkan individu melihat wajah mereka ketika dirakam pengguna Mate X.

Screenshot 2019-02-24 at 21.45.05

Gabungan dua bateri dengan kapasiti 4500mAh digunakan untuk peranti ini, dan bagi untuk mengisinya, ia dibekalkan dengan pengecas 55W yang juga boleh digunakan untuk mengecas laptop.

Screenshot 2019-02-24 at 21.51.14

Huawei menawarkan peranti ini dengan warna Interstellar Blue ia dinilaikan pada harga 2299 Euro (~RM10, 625) dan difahamkan akan mula dipasarkan sekitar Jun tahun ini.

Screenshot 2019-02-24 at 21.56.18

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY