MWC 2017 | Samsung Dedahkan Hari Pelancaran Galaxy S8

Pada acara MWC 2017 yang mula berlangsung malam tadi, Samsung tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan hari pelancaran model flagship yang ditunggu-tunggu ramai, Galaxy S8.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, tidak banyak maklumat yang berjaya diperoleh selain tarikh pelancaran yang dijadualkan berlangsung 29 Mac ini.

Menurut Samsung, telefon pintar ini akan dilancar secara rasmi pada sebuah acara kendalian mereka, Samsung Unpacked.

Gergasi dari Korea Selatan itu juga mengesahkan, acara tersebut bakal berlangsung di New York.

Samsung turut berjanji bahawa model flagship terbaru mereka akan tampil dengan kelainan jika dibandingkan dengan model-model lain dipasaran.

Galaxy S8 hebat diperkatakan ramai kerana model ini dikatakan mampu menaikkan semula nama Samsung selepas insiden letupan bateri disebabkan oleh model Galaxy Note 7.

Pada acara yang sama semalam, Samsung turut mempertontonkan dua versi tablet dikenali sebagai Galaxy Tab S3 dan Galaxy Book.

https://youtu.be/2iNTxLXO-Iw
Klik sini untuk baca khabar angin spesifikasi Samsung Galaxy S8

Sumber:Gizbot