Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12

Mungkin Xiaomi 12 Bukan Pertama Guna Snapdragon 8 Gen1

Diterbitkan November 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Qualcomm sedia mengadakan acara pengenalan cip Snapdragon 8 Gen1 dalam minggu ini dan nama Xiaomi sentiasa disebut-sebut untuk menjadi pertama menggunakannya.

Hal ini kerana melihat kembali tahun lalu, Xiaomi 11 adalah telefon pertama yang dikuasakan cip Snapdragon 888. Namun, berkemungkinan tidak untuk tahun ini.

Digital Chat StationĀ mengatakan Xiaomi bakal mengadakan acara pelancaran produk baharu pada penghujung tahun ini, iaitu 28 Disember. Dijangka produk baharu tersebut ialah Xiaomi 12 dan Xiaomi 12X.

Tambahnya lagi, Xiaomi 12 bukanlah pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen1. Sebaliknya Motorola Edge X.

Dikhabarkan, Motorola betul-betul mahu menawarkan sebuah telefon yang sememangnya andalan. Ia turut dilaporkan menggunakan kamera 60MP yang dilengkapi imej sensor CMOS.

Pada masa yang sama, Motorola juga nampaknya ingin memeriahkan lagi arena telefon pintar. Ia berikutan laporan sebelum ini yang mendakwa mereka adalah jenama pertama yang menggunakan sensor kamera 200MP Samsung.

Sumber: Digital Chat Station, notebookcheck

Baca juga:

  • MIUI 13 Dijangka Dilancar 16 Disember, Mungkin 118 Telefon Ini Yang Menyokongnya

  • Harap Android Pun Boleh Tiru Servis Apple Untuk Baiki Telefon Sendiri

  • Dua Telefon Motorola Baharu Hadir Ke Pasaran Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY