Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Motorola Dan Xiaomi Mungkin Antara Yang Pertama Guna Sensor 200MP

Posted on November 26, 2021

Makin hari makin besar sensor kamera yang dimuatkan ke dalam telefon pintar. Terdahulu, Samsung telah pun melancarkan sensor kamera 200MP untuk telefon pintar pertama di dunia.

Susulan daripada itu, Samsung bukanlah yang pertama menggunakannya nanti. Sebaliknya, Motorola dikatakan bakal menjadi perintis bagi sensor kamera tersebut.

MenurutĀ Ice Universe lagi, Xiaomi akan mengikut jejak langkah Motorola selepas itu dan kemudian barulah Samsung menggunakannya kelak sekitar tahun 2023. Mungkin peranti Galaxy S23 Ultra.

200MP camera will be adopted by Moto first, then by Xiaomi in the second half of next year, and by 2023, Samsung will adopt 200MP.

— I'm back! (@UniverseIce) November 24, 2021

Berdasarkan laporan ini, Samsung seperti mahu menunggu sambil melihat prestasi sensor mereka pada jenama lain. Adakah cip pemproses sedia ada mampu memberikan kuasa untuk sensor kamera tersebut.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi seperti Samsung, iaitu tunggu dan lihat bagaimana hasil peranti yang dilengkapi kamera 200MP.

Sumber: Ice Universe

Baca juga:

  • Harap Android Pun Boleh Tiru Servis Apple Untuk Baiki Telefon Sendiri

  • Xiaomi Akui Telefon Ini Punca Jualan Mereka Menurun

  • Dua Telefon Motorola Baharu Hadir Ke Pasaran Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress