Motorola bukanlah sebuah jenama asing lagi dalam arena telefon pintar. Mereka ibarat “OG” bagi segmen ini. Namun, tidak menjadi masalah untuk Motorola dalam menawarkan telefon pintar baharu.
Walaupun sudah sekian lama tidak nampak bayangnya di pasaran tempatan, Lenovo Malaysia akhirnya membawa masuk dua telefon pintar baharu Motorola, iaitu e40 dan Edge 20 Pro.
Bagi Motorola Edge 20 Pro, namanya sudah cukup menggambarkan peranti ini dalam kelas andalan. Ia hadir dengan cip Snapdragon 870 bersama konfigurasi memori 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Turut dilengkapi paparan seluas 6.7 inci OLED FHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz, bateri 4500mAh dan pengecasan 30W TurboPower.
Dari segi kamera, terdapat tiga lensa – 108MP utama, 8MP periskop dan 16MP ultra lebar. Sementara lensa swafoto pula 32MP.
Manakala Motorola e40, peranti ini lebih mampu milik. Dijana cip Unisoc T700 dengan padanan 4GB RAM dan 64GB storan.
Skrinnya tampil panel IPS 6.53 inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Di dalam, bekalan kuasa sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Melengkapkannya, kamera utama 48MP yang digandingkan 2MP makro dan 2MP kedalaman serta 8MP lensa hadapan.
Masing-masing juga menerima penarafan IP52 dan dijual pada tanda harga RM599 untuk Motorola e40. Sementara Motorola Edge 20 Pro pula RM2499.
Bagi yang berminat, anda sudah boleh membeli Motorola e40 hari ini menerusi Shopee atau Lazada. Bagi Motorola Edge 20 Pro akan tersedia pada masa hadapan.
Sumber: lowyat
Baca juga: