Beberapa hari lalu, Apple telah mengumumkan servis Self Service Repair. Seperti namanya servis ini membolehkan pengguna tidak lagi perlu membawa peranti ke pusat servis Apple jika mahu membaiki skrin yang rosak dan sebagainya – hanya baiki secara sendiri sahaja.
Ini menjadikannya jenama telefon pintar pertama yang muncul dengan program/servis sebegini.
Program Self Service Repair adalah disambut baik oleh ramai pihak lebih-lebih lagi pada era gerakan right-to-repair di seluruh dunia.
Melalui program ini, Apple menjanjikan peralatan dan dokumentasi rasmi untuk membaiki produk mereka termasuk iPhone 12, iPhone 13 dan komputer riba Macbook M1 bermula pada tahun hadapan.
Buat masa ini, ia memfokuskan kepada baik pulih paparan iPhone, bateri, dan kamera terlebih dahulu sebelum mengumumkan untuk komponen-komponen lain selanjutnya.
Sehubungan dengan itu, disebabkan Apple menjadi jenama pertama yang ‘berani’ kehadapan mengumumkan program sebegini, ia menjadi tanda tanya jenama Android lain tak nak tiru benda sama ke?
Perlu Ke Android Tiru Program Self Service Repair Apple?
Terlebih dahulu, kita balik ke pangkal jalan mengapa pengguna mahu membaiki telefon mereka sendiri.
Terdapat banyak senario di mana pengguna terpaksa membeli telefon baharu disebabkan kesukaran untuk membaiki atau menukar alat ganti telefon yang rosak, atau yang paling kerap, kerana kos membaiki telefon kadang kalanya mahal – lebih baik beli telefon baharu berbanding membaikinya.
Bayangkan pengguna mahu menggantikan skrin atau bateri telefon, tetapi telefon sukar dibuka, memerlukan alat baiki khas yang menjadikan kos membaiki telefon tinggi.
Inilah sebabnya gerakan hak untuk membaiki (right to repair) sangat berleluasa di seluruh dunia – lagi-lagi dengan isu kelestarian alam sekitar, apabila telefon rosak, sudah tentu ia dibuang begitu sahaja.
Tambahan, baru-baru ini terdapat kajian di Eropah yang mengatakan bahawa 77% pengguna dari jumlah kajian mahu untuk membaiki alat elektronik mereka sendiri.
Menurut Repair.eu, iaitu kesatuan gerakan hak membaiki sendiri di Eropah, “Kos baikpulih produk tidak sepatutnya lagi mahal dari beli yang baharu. Undang-undang sepatutnya tidak boleh menghalang individu, pembaiki bebas, atau komuniti baikpulih dari membaiki produk yang rosak.”
Kehadiran Apple menjawab permintaan tinggi ramai ini umpama tepat pada masanya. Tetapi, takkan Apple je, jenama Android lain tak nak ikut?
Self Service Repair, Tapi Untuk Android
Sebelum ini sudah pun ada jenama yang memfokuskan kepada konsep baikpulih dan kelestarian alam sekitar seperti Fairphone. Tetapi senang cakaplah, kita perlukan gerakan kuat dari jenama-jenama besar untuk fokus kepada isu baikpulih sendiri.
Fairphone sahaja belum cukup. Kita mahukan jenama besar seperti Samsung, Google, OnePlus, Xiaomi, untuk sama-sama bersuara untuk isu dan gerakan baik pulih telefon sendiri ini.
Disebabkan itu, apabila Apple sudah mula membuka langkah, sudah tiba masanya jenama Android juga untuk mengikut sama.
Mampukah Jenama Android Ikut?
Masuk akal untuk jenama Android mengikut langkah Apple dalam perkara ini disebabkan memang biasanya mereka selalu sangat meniru apa yang Apple buat.
Tiada masalah pun jika mereka meniru kerana ia bagus untuk pengguna mereka sendiri.
Buat masa ini kemungkinan Xiaomi yang bakal menjadi jenama pertama muncul untuk menyahut seruan gerakan baikpulih sendiri melalui poster mereka.
?? ????.
For us, it's always been about ???
It's been about ???? experience with us.
We've always strived to put ??? first.
And now, we're taking things a notch higher, just for ???.
?? ????.Stay tuned! pic.twitter.com/dBkTbT9o9q
— Xiaomi India (@XiaomiIndia) November 23, 2021
Apa yang Apple buat ini secara tidak langsung ‘memaksa’ jenama Android lain untuk membuat sesuatu – takkan nak perhati sahaja, bukan?
Walaupun begitu, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab seperti sokongan terhad untuk hanya sejumlah kecil telefon dan juga hanya perkakas seperti bateri, kamera atau skrin sahaja yang boleh ditukar.
Aspek harga juga perlu diberi perhatian memandangkan ini adalah Apple yang kita sedang bincangkan.
Setakat ini sememangnya program ini dilaksanakan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, kemudiannya baru negara-negara lain.
Apa-apa pun, tindakan Apple dengan program baikpulih ini mewujudkan satu asas dalam industri yang baik dan harapan saya jenama lain dialu-alukan untuk mengikutinya.
Rujukan: AndroidAuthority, Repair.eu, Apple
Baca juga:
- Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian ‘Ori’ Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah
- Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box
- Xiaomi Akui Telefon Ini Punca Jualan Mereka Menurun