Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Takuk, Rekaan Baharu – Ini Adalah Konsep “iPhone 14”

Mungkin Ini Rupa Paparan Berlubang iPhone, Takuk Hilang Tapi Face ID Kekal

Diterbitkan Januari 3, 2022 oleh Amsyar Latif

Tahun baharu tapi tak akan iPhone masih lama? Sudah 4 tahun berlalu dan rekaan bertakuk pada iPhone masih lagi wujud.

Bagaimanapun, mungkin tahun ini penampilan iPhone sedikit berbeza. Seperti mana desas-desus terdahulu, iPhone 14 dilaporkan bakal diberi nafas baharu terutama dari segi paparannya.

Menurut laporan terbaru daripada Mark Gurman, beliau menegaskan lagi dakwaannya bahawa siri iPhone 14 akan membuang takuk. Dengan ini, ia bakal digantikan paparan berlubang. Pun begitu, bukanlah berlubang yang berbentuk bulat. Sebaliknya ia berbentuk pil.

iPhone X takuk
Takuk iPhone X

Jika dilihat kembali, paparan berbentuk pil ini jauh lebih realistik sekiranya dibandingkan maklumat lepas yang mengatakan sensor bagi Face ID berada di dalam skrin.

Buat pengetahuan, Apple sukar untuk membuang takuk kerana Face ID. Di dalam takuk itu juga, wujudnya kamera inframerah, proximity sensor, mikrofon, pembesar suara, flood illuminator, ambient light sensor dan dot projector.

Banyak bukan?

iPhone paparan pil
Paparan berlubang pil

Jadi, sekiranya Apple hanya memberikan paparan berlubang berbentuk bulat sahaja pada iPhone 14, mungkin mustahil.

Oleh itu, “sistem pil” ini lebih logik untuk dilaksanakan dan mungkin ia adalah jalan penyelesaian yang ada buat masa sekarang kerana Apple pasti akan mengekalkan imbasan wajah Face ID untuk tempoh lebih lama.

Sekiranya benar, adakah anda suka akan paparan sebegini atau masih sayang dengan takuk?

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Samsung Dan LG Dilapor Sedia Bekalkan Paparan Berlubang Untuk iPhone 14

  • Bukan Telefon Boleh Lipat Tapi iPhone 15 Mungkin Ada Kamera Berlipat

  • iPhone 14 Pro Mungkin Ada RAM Yang Besar Tapi Tak Sebesar Peranti Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY