Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Faiz Munir

Ada masanya kadang-kadang badan kita menunjukkan beberapa simptom tetapi kita tidak mengambil endah dan mengharapkan ianya hanya sakit biasa dan akan pulih dengan sendiri. Itulah yang disangkakan oleh seorang pelajar jururawat di Sydney Australia.

Kisah Lauren Rebecca ini bermula apabila dia mula terasa penat, sensitif pada suhu dan berat badan semakin meningkat. Pada mulanya dia menjangkakan demikian kerana penat dengan kerja universiti yang ditambah pula dengan sekatan pergerakan pandemik.

Ketika didiagnosis, doktor mendapati dia sedang menderita masalah Hemiagenesis tiroid, satu penyakit yang menyebabkan separuh daripada tiroidnya hilang. Apa yang menariknya adalah Apple Watch miliknya telah mengesannya 1 bulan sebelum dia didiagnosis.

Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

Menurutnya juga, dia mendapat amaran daripada aplikasi melalui notifikasi yang dia tidak pernah hidupkan. Bila dia periksa notifikasi tersebut, dia mendapati bahawa Vo2 Max semakin menurun dari hari ke hari. Tambahnya lagi, jika dia sedar perkara ini lebih awal dia pasti mendapatkan bantuan lebih cepat.

Ini bukan kali pertama kes Apple Watch menyelamatkan nyawa penggunanya.

Sumber: news.com.au

Baca juga:

  • Elak Salah Laku, Kastam Akan Pakai Kamera Badan Mulai Jun
  • Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
  • Saintis Berjaya Cipta “Ikan” Daripada Jantung Manusia Tapi Bukan Aquaman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY