Dua Peranti Apple Ini Rasmi Jadi Produk Vintaj Dan Usang

Memang ramai pengguna Apple gemar mengeluarkan hujah yang mereka boleh memakai peranti Apple dalam tempoh agak lama.

Namun, setiap peranti mempunyai jangka hayatnya tersendiri. Sampai satu tahap, peranti tersebut perlu ditukar juga.

Melihat kepada laman Apple, mereka telah mengemaskini senarai peranti vintaj dan usang. Peranti iPhone 6 Plus kini rasmi disenaraikan sebagai produk vintaj secara global. Sementara iPhone 6, masih kekal "relevan".

iPhone 6 tidak menerima nasib seperti iPhone 6 Plus disebabkan Apple pernah menawarkan pembeliannya kembali sehingga September 2018. Ia juga boleh dikatakan sebagai iPhone berkelas pertengahan.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah tidak menerima kemas kini iOS terbaru di mana kali terakhir adalah menerusi iOS 12.5.5.

Pada masa yang sama, iPad pertama yang menggunakan kabel lightning atau iPad Gen 4 kini sudah masuk ke dalam kategori usang.

Bagi yang tidak tahu, apabila peranti Apple dikategorikan usang, produk ini tidak lagi akan menerima perkakasan gantian serta perkhidmatan daripada Apple.

Sementara produk vintaj, alat-alat gantian masih boleh didapati dari Apple selama 5 tahun selepas sesebuah produk itu tidak lagi dikeluarkan.

Sumber: macrumors, Apple

Baca juga: