Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad mini lawsuit

Kesan Jeli Pada iPad mini 6 Punca Apple Disaman

Diterbitkan Februari 14, 2022 oleh Faiz Munir

iPad Mini 6 dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan siri iPhone 13, iPad Gen 9 dan Apple Watch 7. iPad Mini 6 menjadi pilihan kepada mereka yang minat dengan saiz tablet yang kecil disamping mempunyai sokongan Apple Pencil Gen 2.

Setelah pelancarannya, terdapat laporan menyatakan isu yang terdapat pada iPad mini 6 ini seperti discoloration dan kesan jeli.

Baru-baru ini, Apple dikenakan saman kerana memejamkan mata pada isu kesan jeli yang terdapat pada iPad Mini 6 ini walaupun banyak aduan telah dibuat. Alasan Apple adalah ia adalah masalah biasa dan tiada apa yang boleh dibuat untuk perbetulkannya.

Masalah ini kebiasaannya terdapat pada skrin jenis LCD. Apple juga menggunakan skrin ini pada iPad, MacBooks, iMac dan iPhone, tetapi masalah ini hanya dapat dikesan pada iPad Mini 6 sahaja.

Berdasarkan tututan itu, plantif menyatakan bahawa kesan daripada isu ini menyebabkan pengguna mengalami masalah seperti muntah, mabuk, dan sakit kepala apabila menggunakan tablet ini.

Saman ini juga mendakwa bahawa, walaupun Apple sudah menyedari masalah ini, mereka masih lagi menjual tablet mereka tanpa perbetulkan masalah tersebut.

Buat masa ini, masih tidak pasti apa sama ada Apple melawan atau menyelesaikan isu atas saman ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat.

Sumber: Ubergizmo

Baca juga:

  • O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol
  • Kalau iPhone Buat Telefon Lipat, Mungkin Ini Bentuknya
  • ASUS ROG Strix SCAR 2022 Kini Di Malaysia Bermula RM10,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY