Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi telefon boleh lipat WIDE

Mungkin Ini Adalah Telefon Boleh Lipat Xiaomi

Diterbitkan Mac 17, 2021 ยท Dikemas kini Mac 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, banyak jenama yang sudah mula berminat untuk mengeluarkan telefon boleh lipat mereka. Ini termasuk jenama seperti OPPO, Google, Xiaomi dan Apple.

Terbaru, imej konsep telefon boleh lipat Xiaomi dikhabarkan telah tertiris di arena web. Berdasarkan imej tersebut, rekaannya berbentuk petak yang jika sekali pandang, ia mirip Galaxy Z Flip.

Xiaomi telefon boleh lipat 2

Namun, terdapat sedikit perbezaan antara dua telefon ini dimana Xiaomi tampil dengan skrin kedua di belakang lebih besar. Selain itu, ia juga hadir dengan tiga tetapan kamera tetapi mungkin kemampuan kameranya tidak sebaik telefon mereka yang lain.

Xiaomi telefon boleh lipat 1

Tambahan lagi, rekaan tersebut juga adalah mirip dengan paten yang dibuat oleh Xiaomi yang mana mereka telah mempatenkan tujuh rekaan bagi telefon boleh lipat ini.

Meskipun begitu, kami menjangkakan telefon ini tidak setanding telefon boleh lipat Samsung memandangkan ia adalah telefon pertama daripada Xiaomi.

Sumber: igeekphone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY